AJAIBNYA SUSU IBU



Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi ?
Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

✿ Bayi menerima nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi.✿ Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula, mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik, dan gangguan perut yang lain.✿ Sistem imun bayi lebih kuat dimana bayi dilindungi daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesity dan penyakit lain-lain.✿ Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu.✿ Tidak mengandungi bahan2 kimia merupakan salah satu kebaikan susu ibu.✿ Bayi yang lebih cerdik di mana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.✿ Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan dimana susu ibu mempunyai suhu badan yang sama dengan badan bayi.✿ Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, ia membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu.✿ Mengerat ikatan emosi di antara ibu dan bayi.✿ Penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi.

Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu ?


✿ Susu ibu adalah percuma, boleh menjimatkan kos harian.✿ Penyusuan membantu pengecutan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, rahim dan ovari.✿ Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu kerana penyusuan membakar kalori.

KETAHUI CARA SIMPAN STOK SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA DI SINI 

Dapatkan Set Penyusuan Shaklee dengan harga istimewa daripada kami. Exclusive professional consultation akan diberikan.

Mom&Dad VitaShoppe
Mahfuzah | 019-984 1919/019-986 1919
Shaklee Independent Distributor
FB Page: From Mom To Moms


CREDIT: susuibu.com, babycenter.com

0 comments:

Post a Comment